Tawaran Menarik!

Resepi Satay Udang Kemangi


Bahan-bahan :
500 g udang segar, buang kulit & kepalanya
Air limau nipis
3 sudu makan sos tomato
25 ml air
Daun kemangi secukupnya
4 bawang merah, dihiris halus
3 bawang putih, dihiris halus
5 lada merah, dihiris halus
3 buah keras , dibakar & dihancurkan
¼ sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh serbuk kunyit
1 cm halia, hancurkan
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula jawa
Lidi satay secukupnya


Cara Penyediaan :


Rendam udang dalam air limau nipis selama 15 minit. Toskan.
Tumis bawang merah, bawang putih, lada , buah keras, halia sampai naik bau, masukkan udang, lada hitam, garam, gula jawa, kunyit, sos tomato dan daun kemangi. Perapkan sebentar.
Cucuk udang dengan lidi satay dan lumuri dengan bahan perap. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar sehingga masak (warna merah kecoklatan).
Keluarkan dari ketuhar dan sajikan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails