Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Bihun Goreng Vietnam



Resepi Bihun Goreng Vietnam
(Vietnamese Rice-Noodle Salad Recipe ~ Click here for English)

Bahan-bahan:

5 ulas bawang putih
1 cawan daun ketumbar - cincang kasar
½ tangkai lada jalapeno/ lada merah, buang bijinya dan cincang
3 sudu makan gula
¼ cawan perahan limau nipis
3 sudu makan sos ikan
12 ounce bihun kering
2 batang lobak merah, potong memanjang
1 batang timun, dibelah dua memanjang dan cincang
¼ cawan daun mint segar, cincang
4 helai daun kubis
¼ cawan kacang goreng
4 tangkai daun mint segar


Cara penyediaan:


Cincang bawang putih dengan daun ketumbar dan lada. Pindahkan campuran ke dalam mangkuk, masukkan jus limau nipis, sos ikan (atau garam) dan gula, gaul rata. Biarkan sos menyerap selama anggaran selam 5 minit.

Didihkan air garam dalam periuk. Masukkan bihun dan didihkan selama 2 minit. Toskan. Bilas bihun dengan air hingga sejuk.

Campurkan sos, bihun, lobak merah, timun, daun mint dan kubis mangkuk besar. Kacau rata dan hiasi dengan kacang goreng dan tangkai daun mint.

Sedia untuk disajikan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails