Tawaran Menarik!

Resepi Kek Lobak Bersos


Bahan-bahan :
250 ml minyak masak
4 biji telur
3 sudu makan marjerin, dicairkan
175 gram gula pasir
280 gram tepung gandum
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh baking soda
½ sudu the serbuk kayu manis
¼ sudu teh garam
75 gram biji gajus, dicincang
45 gram kelapa parut kering
300 gram lobak merah, diparut

Bahan sos / hiasan:
80 ml santan, dipanaskan
110 gram keju mascarpone
2 sudu makan madu
1 biji limau nipis, diambil kulitnya, diparut
3 sudu makan air oren sunkist
1 sudu teh serbuk halia
Kelapa kering manis untuk taburan


Cara Penyediaan:


Panaskan ketuhar 190ÂșC. Blender minyak masak, telur, marjerin, dan gula pasir hingga lembut. Ketepikankan.

Ayak tepung gandum, baking powder, dan baking soda. Masukkan serbuk kayu manis, dan garam. Kacau rata.

Masukkan adunan minyak masak, kacang, gajus, dan lobak merah. Kacau rata.

Tuang adunan ke loyang kek yang dioles marjerin dan dialasi kertas minyak. Masukkan kedalam ketuhar selama 50 minit.

Sementara itu satukan santan, mascarpone, dan madu. Tambah kulit limau, air sunkist, danserbuk halia. Kacau rata.

Setelah kek masak dan disejukkan pada suhu bilik, siram sos ke atas kuih dan taburi kelapa kering manis. Potong-potong dan sajikan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails