Tawaran Menarik!

Resepi Klappertaart

Bahan-bahan :

1 liter susu segar
250 gram gula pasir
50 gram tepung gandum
50 gram tepung kastard
50 gram jagung
150 gram mentega
6 biji kuning telur
5-7 biji kelapa muda – ambil isinya
125 gram badam, panggang & cincang
100 gram kismis, rendam air panas, toskan
serbuk kayu manis

Topping :
6 biji putih telur
4 sdm gula pasir
2 sdm tepung gandum
kismis direndam air panas, peras dan ciprati rhum & serbuk kayu manis

Cawan kertas (saiz pai)

Cara Penyediaan:

Satukan tepung gandum, kastard dan jagung dengan 200 ml susu segar.
Didihkan baki susu segar dengan gula pasir.
Masukkan campuran susu dan tepung ke dalam susu panas, kacau sehingga mengental dan meletup-letup.
Angkat dari api, masukkan mentega, kacau rata.
Masukkan badam dan serbuk kayu manis diikuti kuning telur satu persatu
Masukkan isi kelapa muda, kacau rata. Masukkan kismis, kacau rata.
Masukkan adunan kedalam cawan kertas sampai ¾ tinggi
Bakar dengan cara selama 15- 20 minit dengan suhu 160° sampai ½ masak
Putar putih telur dengan mixer sambil dimasukkan gula sedikit sedikit sampai kental
Masukkan tepung gandum, kacau rata dengan spatula
Sempritkan toping keatas adunan ½ masak sampai cukup tinggi, taburi dengan kismis dan serbuk kayu manis.
Bakar lagi sampai toping berwarna kekuningan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails