Tawaran Menarik!

Resepi Kuih Klepon Pelangi


Bahan-bahan :

300 gr tepung pulut
300 ml santan
5 helai daun pandan
5 helai daun suji
2 sudu makan air kapur sirih
1 sudu makan garam
Sedikit pewarna kuning dan merah
Air secukupnya
Ais secukupnya.

Inti dan kuah:
100 gr nangka masak – potong dadu kecil
100 gr kelapa muda parut
100 gr gula merah
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula pasir
air secukupnya

Cara penyediaan :

Kisar daun pandan dan daun suji dengan sedikit air. Ketepikan.

Satukan tepung pulut, santan, garam, dan air kapur sirih. Gaul hingga likat. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama dicampurkan dengan air pandan dan suji, adunan kedua, dan ketiga dicampurkan dengan pewarna makanan merah dan kuning secara berasingan. Gaul setiap bahagian sehingga rata.

Gaul gula merah bersama nangka masak dan separuh kelapa parut untuk dibuat inti.

Bentukkan setiap adunan bulat-bulat kecil seperti guli dan isi di tengah-tengahnya dengan inti. Ketepikan baki inti yang tinggal.

Panaskan air sedalam ¾ periuk sehingga mendidih. Masukkan klepon yang sudah diisi dan masak sehingga terapung. Angkat dan siram dengan air biasa.

Campurkan baki kelapa parut dengan gula pasir dan garam. Golek-golekkan klepon yang sudah sejuk sehingga disalut rata.

Baki inti tambah air dan dipanaskan untuk dibuat kuah.

Sajikan klepon pelangi dengan kelapa parut dan kuah inti nangka. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails