Jubah Baru

Resepi Sup Ayam Bersama Kentang dan Lobak Merah


Bahan-bahan:

½ ekor ayam
4 ulas bawang merah – hiris nipis
2 ulas bawang putih – hiris nipis
1 kuntum bunga lawang
1 inci halia – hiris nipis
2 biji kentang
1 batang lobak merah
Lada sulah secukup rasa
Sedikit daun sup – potong halus
Sedikit minyak untuk menumis
6 cawan air

Cara penyediaan:

Panaskan api, tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang dan halia hingga naik bau.
Masukkan ayam, kentang, lobak dan lada sulah. Tutup periuk dan biarkan ayam separa masak.
Masukkan air dan biarkan mendidih.
Tutup api setelah ayam dan sayur telah empuk.
Taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails