Tawaran Menarik!

Resepi Tofu Ala Szechuan


Bahan-bahan:


2 sudu makan minyak sayur
2 ulas bawang putih, cincang halus
10 g bawang besar, cincang halus
150 g daging lembu cincang
1 sudu teh lada merah giling
½ sudu teh lada hitam, ditumbuk
1 sudu makan tauchu, haluskan
150 ml air
1 sudu makan kicap manis
300 g tahu, potong dadu
1 sudu teh tepung jagung, larutkan dengan sedikit air


Cara Penyediaan:

Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu dan naik bau. Masukkan daging lembu cincang, gaul hingga kering.
Masukkan kesemua bahan lain kecuali tahu dan tepung jagung, didihkan.
Masukkan tahu, didihkan kembali.
Tuang tepung jagung, kacau hingga pekat.
Angkat. Sajikan besama nasi panas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails