Jom Cantik!

Resepi Apam Gula Hangus


Bahan-bahan:

1) 1 gelas gula – untuk dijadikan gula hangus
2) ½ gelas air
3) ½ gelas gula
4) 3 biji telur
5) 1 gelas santan atau susu segar
6) 2 ½ gelas tepung gandum
7) 2 sudu teh soda bikarbonat

Cara Penyediaan :


Panaskan kukusan.

Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat. Ketepikan.

Mukkan air dan gula untuk dijadikan gula hangus di dalam kuali. Panasakan atas api yang kecil sehingga kekuning-kuningan.

Pukul telur dan gula sehingga naik dan kembang.

Masukkan gula hangus dan campuran tepung gandum bersama soda bikarbonat.

Masukkan santan atau susu segar dan gaul rata.

Masukkan adunan kedalam acuan apam atau loyang. Kukuskan selama 10 ­ 15 minit.

Sejukkan dan keluarkan dari acuan atau dipotong. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails