Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Nasi Goreng Kimchi


Bahan-bahan :

1 pinggan nasi putih
1 mangkuk kecil kimchi, potong kasar
50 grm daging/ayam cincang
2 ulas bawang putih, cincang
1 tangkai lada merah, hiris serong
2 sdm kicap manis
Garam secukup rasa
2 sdm minyak untuk menumis
1 biji telur - goreng
Sedikit hirisan daun bawang untuk taburan
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara penyediaan:

Panaskan minyak, masukkan daging/ayam cincang dan gaul sampai masak. Masukkan bawang putih dan lada merah.

Masukan nasi dan kimchi. Kacau hingga rata. Tuangkan kicap manis dan garam secukup rasa. Kacau lagi hingga tercampur rata dan masak.

Sajikan dengan telur goreng dan tabur daun bawang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails