Jom Cantik!

Resepi Rendang Udang


Bahan-bahan

½ kg udang saiz besar
5 helai daun limau purut - dihiris halus
1 cawan santan pekat - dicampur dengan 1 cawan air
4 sudu makan kerisik
2 sudu makan serbuk cili
1 batang serai - diketuk
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Giling
4 biji bawang merah
3 inci halia muda
2 inci lengkuas
2 batang serai
1 cm kunyit
6 biji cili padi (lebih jika suka pedas)
2 helai daun kunyit

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya. Masukkan serbuk cili dan tumis lagi hingga mesra.

Masukkan santan, serai serta kerisik. Biarkan hingga menggelegak. Kacau sekali sekala untuk mengelakkan santan menjadi berketul-ketul.

Setelah menggelegak seketika, masukkan udang. Biarkan hingga kuah pekat dan terbit minyak.

Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails