Jom Cantik!

Resepi Salad Udang


Bahan-bahan:

200 gram udang – saiz besar
500 ml air
1 sudu teh garam
2 helai daun salad - potong kasar
1 sudu makan daun parsley - dicincang

Sos salad :
50 ml mayonnaise
1 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan mustard
1 sudu teh jus lemon


Cara penyediaan:

Rebus udang bersama garam sehingga udang bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Toskan, kupas kulitnya dan tinggalkankan bahagian ekornya. Simpan di dalam peti sejuk selama sejam.

Untuk membuat sos salad, masukkan kesemua bahan sos dalam mangkuk besar dan kacau sampai mesra.

Masukkan udang yang telah disejukkan ke dalam mangkuk sos dan gaul sampai udang besalut dengan mayones sepenuhnya. Simpan didalam peti ais sekali lagi sebelum disajikan.

Untuk sajian, masukkan daun salad dalam mangkuk sajian diikuti dengan udang yang telah digaul mayonnaise. Akhir sekali taburkan daun parsley cincang.

1 comment:

adinsa said...

mmm...resepi salad dah didepan mata, kalau tak cuba juga tak tau lerr..

Related Posts with Thumbnails