Tawaran Menarik!

Resepi Sotong Goreng Paprika


Bahan-bahan :

500 g sotong, potong kasar
7 labu bawang merah, hiris halus
5 ulas bawang putih, hiris halus
1 lada benggala, hiris kasar
2 sdm sos ikan
1/2 - 1 sdt garam
1 cawan jus limau nipis
2 sdm kicap masin
Minyak masak untuk menumis
3 buah lada hijau, iris
2 buah tomato, hiris atau 3 sdm sos tomato

Cara Penyediaan :

Rendam sotong dalam jus limau nipis selama 15 minit. Kemudian toskan dan bilas dan ketepikan.

Panasan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, lada benggala, lada hijau dan tomato sampai naik bau.

Masukkan sotong, sos ikan, garam dan kicap masin. Biarkan sebentar, sekali-kali dikacau. Setelah masak angkat dan sajikan.
Related Posts with Thumbnails