Tawaran Menarik!

Resepi Sup Krim Tomato


Bahan-bahan:
2 sudu makan minyak zaitun
40 g bawang bombay, cincang
100 g daging lembu, potong dadu
600 ml stok daging
400 g tomato, kisar
½ sudu teh serbuk lada
½ sudu teh garam
3 sudu makan sos pasta tomato
100 ml susu tawar cair rendah lemak
1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
50 g keju cheddar, parut
1 sudu makan seleri, cincang


Cara Penyediaan:


Panaskan minyakzaitun, tumis bawang bombay hingga naik bau. Masukkan potongan daging, kacau hingga daging berubah warna. Tuang stok, masak hingga mendidih
.
Masukkan tomato kisar,serbuk lada, garam, pasta tomato, susu tawar cair dan tepung jagung. Masak hingga mendidih. Angkat.

Tuang ke dalam mangkuk sajian. Taburi atasnya dengan seleri cincang dan keju parut. Hidangkan panas-panas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails