Jubah Baru

Resepi Telur Bistik


Bahan-bahan:

Bahan untuk telur-
3 biji telur
3 sudu makan daging kisar
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk goreng telur

Bahan untuk Sos-
2 ulas bawang merah, dicincang
2 ulas bawang putih, dicincang
1 cm halia. dimayang
1 batang lada merah, dihiris halus
½ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
¼ cawan sos tiram
1 kiub ayam
2 batang jagung muda, dipotong serong
Sedikit bunga kobis, potong kecil
Sedikit lobak merah, potong nipis
1 biji tomato, dibelah 8
1 sudu makan tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit daun sup dan daun bawang, dihiris

Cara penyediaan:

Masukkan telur, daging cincang dan garam dalam mangkuk. Pukul hingga mesra.
Panaskan minyak, goreng bancuhan telur seperti masak telur dadar. Angkat dan ketepikan

Untuk sos:
Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada merah sehingga naik bau. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kiub ayam. Kacau sehingga mesra.
Masukkan jagung muda, bunga kobis dan lobak merah. Kacau hingga mesra.
Masukkan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan tomato, kacau sosnya sehingga sayur-sayuran masak.

Tuang sos diatas telur yang telah didadar tadi. Tabur dengan daun sup/ daun bawang.
Enak dihidangkan panas-panas dengan nasi putih atau nasi goreng cina.

No comments:

Related Posts with Thumbnails