Jubah Baru

Resepi Kuah Dhal


Kuah kacang dhal enak dimakan bersama roti canai, capathi, tosai dan roti nan. Lebih enak bila ditambah dengan sedikit sambal tumis.

Bahan-bahan:


1 cawan kacang dhal
2 batang lobak merah – dipotong nipis
1 biji terung sederhana besar - dipotong kecil
2 biji kentang - dibelah lapan
sedikit serbuk kunyit
1 inci halia - diracik
2 ulas bawang putih - diracik
3-4 biji bawang merah - dimayang
sedikit daun kari
sedikit rempah tumis - bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis
1 sudu teh biji sawi
3 biji cili hijau - dihiris nipis / dipotong besar
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:


Rebus kacang dhal dalam periuk sehingga empuk.

Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan serbuk kunyit, lobak merah dan kentang. Teruskan rebus sehingga kesemua bahan empuk.

Masukkan pula terung dan cili. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.

Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan rempah tumis, halia, bawang putih, bawang merah dan biji sawi sehingga layu dan naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.

Rasakan garam dan gula secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.

2 comments:

kongsi-cerita said...

Assalaamu'alaikum Wan No..nak tanya sikit buleh tak saya ambik resipi Wan No ni nak masuk dalam blog saya? nanti saya letak la link blog Wan No ni kat blog saya.

Wan said...

ok

Related Posts with Thumbnails