Tawaran Menarik!

Resepi Udang Goreng Madu


Bahan-bahan:

400 gm udang besar
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 sudu makan tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
1 labu bawang besar
1 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 sudu makan madu (bancuh dengan 2 sudu makan air)
2-3 biji cili api (diketuk)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon /limau kasturi/ limau nipis
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu makan kicap pekat

Cara penyediaan:

Gaul udang bersama serbuk kunyit, garam dan tepung jagung. Perap selama 10 minit. Kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan.

Kisar bawang besar bersama cili merah dan bawang putih.

Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan yang telah dikisar hingga garing.

Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit

Masukkan cili api dan daun ketumbar. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul hingga mesra. Tutupkan api.

Angkat dan hidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails