Tawaran Menarik!

Resepi Burger ala Thai


Resepi Burger ala Thai
(Thai-style Burger Recipe – Click here for English)

Bahan-bahan:

1 batang serai saiz kecil
400 g daging ayam kisar
1 batang lada merah – buang biji
1 sudu makan sos ikan Thai
2 ulas bawang putih – kupas kulit
2 tangkai daun bawang
200 g cendawan butang
3 sudu makan daun ketumbar - cincang
Minyak bunga matahari (minyak masak pon boleh) – untuk menggoreng
2 sudu makan mayonnaise
1 sudu makan jus limau nipis
Garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan Hidangan:
4 buku roti burger
Hirisan daun kobis


Cara Penyediaan:
Masukkan serai, lada merah, bawang putih dan daun bawang ke dalam mesin pengisar. Kisar sehinga menjadi paste yang sempurna.

Masukkan cendawan ke dalam pengisar tadi dan kisar sehingga halus dan mesra. Keluarkan dari pengisar dan masukkan ke dalam mangkuk.

Masukkan ayam, sos ikan dan daun ketumbar. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa . Gaul hingga mesra.

Bahagikan adunan kepada 4 bahagian yyang sama besar. Sapukan tangan dengan sedikit tepung gandum (untuk elak lekit) dan bentukkan adunan menjadi bulat dan leper (bentuk daging burger) .

Panaskan minyak dalam kuali leper atas api sederhana. Goreng daging burger sehingga masak sambil dibalik-balikkan sekali sekala anggaran selama 6- 8 minit atau sehingga garing, mengikut selera anda.

Sementara itu, satukan mayonnaise dengan jus limau nipis. Belah 2 roti burger dan sapukan campuran mayonnaise pada permukaan bawah roti yang telah dibelah. Letakkan letakkan sedikit hirisan daun kobis diikuti daging burger yang telah digoreng dan tutup dengan roti bahagian atas.

Hidangkan ketika masih panas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails