Tawaran Menarik!

Resepi Ketupat Tauhu


Bahan-bahan:
10 biji ketupat nasi – potong dadu
10 keping (500gr) tahu kuning, digoreng dan potong dadu
3 biji telur rebus, dihiris bulat
250 gr taugeh panjang direbus sebentar
2 sudu makan bawang goreng
100 gram keropok merah - goreng

Kuah kacang:

250gr kacang tanah, digoreng
100gr gula merah
1 hiris kecil lengkuas, digoreng
1 sudu makan bawang putih goreng
100 ml air asam jawa
300ml santan
5 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa
Jus limau nipis mengikut selera

Sambal cili api:

20 tangkai cili api, ditumbuk dengan sesudu garam kasar

Cara Penyediaan :

Kisar kacang tanah bersama gula merah, lengkuas dan bawang putih goreng sehingga lumat.

Masukkan adunan kacang tanah bersama air asam dan santan di dalam periuk di atas api sederhana, kacau hingga mesra dan masak hingga mendidih. Tambahkan kicap manis, garam dan jus limau mengikut selera, kacau rata dan angkat.

Susun ketupat, tahu, telur dan taugeh di dalam pinggan hidangan, curahkan kuah kacang dan taburkan bawang goreng. Hidangkan bersama sambal cilia pi dan keropok merah.

Sumber: www.eresep.com

1 comment:

Bahulu said...

As Salam,kenal@singgah,join jadi geng kat bwh too.add link kat blog

Related Posts with Thumbnails