Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Kuih Talam Ubi


Bahan-bahan:

Lapisan bawah :

1 kg ubi kayu (kisar, tapis & buang air tapisan)
3 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Lapisan atas :
1 cawan tepung beras
4 ½ cawan santan pekat
1 sudu teh garam

Cara Penyediaan:

Lapisan bawah :
Panaskan kukusan.
Masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan air ke dalam periuk kecil. Masak hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya.
Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula yang telah disediakan. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½ jam.

Lapisan atas :
Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapis dan masukkan dalam periuk kecil. Masakkan sebentar atas api. Kacau selalu supaya tidak berbiji-biji. Tutup api.
Cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus
semula selama ½ jam.

Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails