Tawaran Menarik!

Resepi Kuih Lapis


Bahan-bahan:

1 ¾ cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
3 ½ cawan santan dari 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
Garam secukup rasa.
Beberapa titik pewarna merah

Cara Penyediaan:

Satukan tepung gandum dan tepung ubi, diayak bersama. Ketepikan.

Satukan gula dan santan. Kacau sehingga gula larut sepenuhnya. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam santan. Kacau supaya tidak berketul-ketul. Kemudian masukkan garam dan kacau lagi hingga mesra.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dibiarkan putih dan satu bahagian lagi diwarnakan merah.

Panaskan air kukusan sehingga mendidih. Letakkan talam di dalam periuk kukus.

Masukkan sesenduk adunan putih, tutup kukus dan biarkan selama 3 minit (atau separa
masak). Ulangi langkah ini dengan menggunakan adunan merah. Buat langkah ini selapis demi selapis sehingga adunan habis.

Kukus selama 20 minit lagi. Setelah sejuk boleh dipotong. Sedia untuk dihidangkan.

2 comments:

areyumieidayualazmi said...

terima ksihlah krn menyediakan ruangan resepi ni!!!saya sgt2 menyukainya n sya harap anda akan memaparkan lebih banyak resepi sebegini pada masa akan datang..:-)

Nas said...

Kak, nak tnye. Apa yg menyebabkan kuih tu mcm terlebih sgt melekit? Klu yg mcm sy biasa dapatkan dari kedai, lapisan dia sng je kita nak tanggalkan. Tp knape plak dia melekit, mcm basah2 dan payah nak tanggalkan lapisan dia? Adakah sbb tepung ubi ke, santan ke, apa?

Related Posts with Thumbnails