Jom Cantik!

Resepi Kuih Lompat Tikam


Bahan-bahan:

-Lapisan hijau-

1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
3 cawan santan cair
½ cawan jus pandan
Sedikit pewarna hijau
1 sudu teh air kapur
½ sudu teh garam


-Lapisan putih-

1 ½ cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 sudu teh garam


- Air gula (kuah)-

1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan (dicarik dan disimpulkan)


Cara Penyediaan:


-Lapisan hijau-

Panaskan kukusan dan oles rata minyak masak pada loyang. Panaskan loyang diatas api sebentar. Ini bertujuan untuk memudahkan mengeluarkan kuih dari loyang setelah masak.

Satukan kesemua bahan lapisan hijau, gaul hingga sebati dan tapis. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.Cakarkan sediikit permukaan kuih supaya lapisan putih melekat.


-Lapisan putih-

Satukan kesemua bahan lapisan putih, gaul hingga sebati dan tapis. Tuang adunan ke atas lapisan hijau yang telah masak tadi dan kukus lagi selama 15 minit. Setelah masak biarkan sejuk pada suhu bilik. Jika suka makan sejuk, boleh sejukkan dalam peti ais.


- Air gula (kuah)-
Masukkan kesemua bahan dalamperiuk dan masak sehingga mendidih, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
Tapis dan sejukkan dalam peti ais jika suka.


Cara hidangan: Potong kuih petak-petak dan masukkan ke dalam mangkuk atau cawan hidangan. Curahkan air gula merah ke atasnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails