Tawaran Menarik!

Resepi French Macarons Coklat


Bahan-bahan:

90 gram putih telur
30 gram gula kastor
200 gram gula aising
110 gram buah badam - dibakar
1 sudu teh serbuk koko

Inti:
Krim Coklat


Cara penyediaan:


Kisar buah badam, gula kastor, gula ising dan serbuk koko dalam blender (kering) hingga mesra.

Putar putih telur hingga kembang, masukkan bahan yang telah dikisar dan putar dengan kelajuan tinggi hingga mesra.

Tuang satu sudu teh adunan atas loyang yang telah dialas kertas roti (kertas warna coklat yang selalu digunakan untuk bungkus makanan), jika permukaan adunan menjadi rata (tidak muncung) bermakna adunan sudah ok. Jika masih muncung, putar sedikit lagi dan lakukan ujian lagi.

Tuang satu demi satu sudu teh adunan membulat diatas loyang yang sudah dialas kertas roti sehingga . Biarkan 30 minit atau lebih agar permukaan adunan membentuk lapisan keras. Bakar dalam ketuhar selama 15-20 minit pada suhu 140ÂșC.

Setelah masak, angkat dan sejukkan pada suhu bilik. Kemudian letakkan krim coklat untuk setiap 2 kepingan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails