Tawaran Menarik!

Resepi Popiah Pisang



Bahan-bahan:


6 biji pisang masak (sesuai untuk menggoreng seperti pisang nangka)
6 keping kulit popiah
1 sudu teh serbuk kayu manis
2 sudu madu
1 camca teh tepung jagung dan 1 besar air (bancuh untuk lekatkan kulit)
-bancuhan tepung jagung boleh juga diganti dengan putih telur
Minyak masak untuk goreng


Cara Penyediaan:


Buang kulit pisang. Salutkan pisang dengan madu dan serbuk kayu manis.

Bungkus pisang dengan kulit popiah dalam sebarang gaya anda mahu. Kemaskan bungkusan dengan pes tepung atau putih telur.

Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan kuantiti minyak cukup banyak untuk tenggelamkan pisang.

Goreng popiah pisang anggaran selama 5 minit atau sehingga warna coklat keemasan.

Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails