Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Kek Baldu Merah (Red Velvet Cake Recipe)


Bahan-bahan kek (untuk dua acuan kek diameter 8"):

1 cawan lelemak sayur-sayuran (shortening)
2 biji telur
1 ½ cawan gula
1 sudu serbuk koko
¼ cawan pewarna merah
1 sudu teh ekstrak vanila
1 sudu baking soda
1 sudu teh garam
2 ½ cawan tepung serbaguna
1 biji cawan mentega susu (boleh diganti dengan 1 cawan susu + 1 sudu perahan lemon atau cuka)

Bahan-bahan frosting (krim):
2 cawan susu
6 sudu tepung serbaguna
½ cawan shortening atau mentega
1 sudu teh esen vanila
¼ sudu teh ekstrak badam
1 cawan gula
Kelapa parut kering secukupnya untuk hiasan
Hirisan badam secukupnya untuk hiasan

Cara penyediaan:

Untuk kek:

Potong shortening kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk tahan panas. Masukkan mangkuk tersebut ke dalam microwave selama 1 minit pada suhu 350°F untuk mencairkannya.

Keluarkan mangkuk berisi shortening cair dari microwave. Masukkan telur dan gula. Putar hingga mesra.

Masukkan pewarna merah dan serbuk koko di dalam cawan penyukat. Kacau sehingga serbuk koko larut sepenuhnya. Masukkan campuran pewarna dan koko ini ke dalam adunan shortening tadi. Masukkan juga vanilla, baking soda dan garam. Putar hingga mesra.

Teruskan putaran. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan mentega susu (atau gantian susu dan lemon) sehingga habis dan tiada ketulan.

Agihkan adunan kepada dua loyang kek berdiameter 8 inci. Gunakan sudu untuk meratakan bahagian atas kek. Masukkan adunan kek ke dalam ketuhar pada suhu 350°F selama 30 minit atau sehingga masak. Uji dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak.

Sementara menunggu kek masak, sediakan frosting (krim).

Satukan susu dan tepung di dalam periuk. Panaskan atas api sederhana besar sambil dikacau sehingga adunan menjadi likat seperti gam. Tutup api dan sejukkan pada suhu bilik.

Setelah adunan agak sejuk pada suhu bilik, masukkan shortening atau mentega sedikit demi sedikit sambil diputar. Setelah selesai, masukkan vanila, ekstrak badam dan gula. Putar hingga mesra. Anda akan mendapat satu adunan yang cair. Masukkan adunan ini ke dalam peti sejuk untuk menjadikannya kental.

Setelah kek masak, keluarkan kedua-dua kek dari ketuhar dan biarkan sejuk pada suhu bilik anggaran selama setengah jam.

Keluarkan kedua-dua kek dari loyang dengan berhati-hati. Potong melintang permukaan kek yang melengkung untuk mendapatkan permukaan yang rata. Lakukan pada kedua-dua kek.

Letakkan satu lapis kek pada pinggan kek sebagai lapisan bawah. Sapukan sebahagian frosting pada permukaan kek tesebut. Tutup lapisan tersebut dengan kek lagi satu dengan permukaan yang telah dipotong pada bahagian bawah.

Sapukan frosting pada keseluruhan permukaan atas dan kelililing kek. Hiaskan dengan taburan kelapa kering pada permukaan atas dan hirisan badam pada keliling kek.

Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails