Tawaran Menarik!

Resepi Roti Goreng Keju Lazat


Bahan-bahan:

12 keping roti - buat kulit
2 biji telur, pukul sedikit
400ml susu segar
1 kiub pati ayam, larutkan dengan sedikit air panas
75 gram keju parut
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada sulah
80 gram mentega

Cara Penyediaan:


Satukankan susu dan telur di dalam mangkuk. Kacau hingga mesra. Masukkan garam, lada sulah, kiub ayam, dan keju parut. Kacau hingga mesra.

Panaskan mentega. Celupkan roti satu persatu ke dalam adunan tadi dan goreng roti satu persatu sehingga warnanya kekuningan.

Angkat dan tos atas kertas tisu. Sedia untuk disajikan.

Sedap juga dimakan dengan sos cili.

No comments:

Related Posts with Thumbnails