Tawaran Menarik!

Resepi Sup Kentang Berkrim


Bahan-bahan:

1 sudu mentega atau marjerin
1 sudu tepung serbaguna
½ cawan susu
2 biji telur – ambil kuning sahaja
4 - 5 biji kentang - dikupas kulit dan dipotong dadu
3 cawan air rebusan ayam
¼ bawang besar - dicincang
Garam dan lada sulah secukup rasa
2 sudu krim (jika suka)
1 tangkai daun bawang – dicincang untuk taburan

Cara penyediaan:


Isikan ¾ penuh air dalam sebuah priuk yang besar. Masukkan kentang dan nyalakan api besar. Tutup dan biarkan sehingga mendidih.

Setelah mendidih, buka penutup dan biarkan mereneh selama 10 minit. Kemudian tutup api, tapis kentang yang telah masak dan buang air rebusan. Masukkan semula kentang ke dalam periuk bersama bawang dan air rebusan ayam.

Sementara itu, masukkan mentega atau marjerin ke dalam sebuah mangkuk yang besar dan cairkan ke dalam microwave anggaran selama 30 saat. Keluarkan mangkuk dari microwave dan masukkan tepung bersama susu. Kacau hingga mesra. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga mesra. Masukkan adunan ini ke dalam periuk tadi.

Panaskan sup sambil dikacau hingga mendidih pada kepanasan tinggi. Setelah mndidih, berhenti kacau dan biarkan mereneh selama seminit. Kecilkan api pada kepanasan sederhana dan masukkan krim (jika suka). Tutup periuk dan biarkan mereneh selama 10 minit. Tutup api dan hidangkan ke dalam mangkuk dengan taburan daun bawang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails