Jubah Baru

Resepi Patti Ayam dengan Sengkuang Cina


Resepi Patti Ayam dengan Sengkuang Cina
(Click Water Chestnut Chicken Patties Recipe)

Bahan-bahan:

200 g daging ayam (cincang)
50 g sengkuang cina (cincang)
Sedikit daun ketumbar (cincang)
10 g Cendawan Cina (potong kecil-kecil)
1 batang daun bawang (cincang)
Minyak masak untuk goreng

Bahan A:

1 sudu teh garam
Sedikit lada sulah (secukup rasa)
1 sudu teh tepung kentang

Bahan B:

100 ml air
1 sudu teh gula
1 sudu sos tiram
Sedikit lada sulah (secukup rasa)


Cara Penyediaan:


Satukan cincangan ayam, sengkuang cina, ketumbar dan 8g cendawan cina dengan Bahan A, gaul dengan laju sehingga mesra. Bentukkan adunan menjadi bebola-bebola kecil dan penyekkan menjadi patti.

Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng patti sehingga kedua-dua belah bahagian masak dengan warna coklat keemasan.

Satukan bahan B dalam periuk kecil dan didihkan. Pekatkan kuah dengan ½ sudu teh tepung kentang. Masukkan baki Cendawan Cina dan daun bawang. Kacau hingga sos pekat.

Hidangakan patti bersama sos..

No comments:

Related Posts with Thumbnails