Tawaran Menarik!

Resepi Minuman Air Soya


Bahan-bahan :

500 gm kacang soya
3 ½ liter air
2 helai daun pandan – ikat simpul
¼ cawan air
Gula secukup rasa

Cara Membuatnya :

Basuh kacang soya dengan air bersih dan rendam semalaman atau sekurang-kurangnya selama 4 jam. Pastikan paras air rendaman lebih tinggi dari kacang soya.

Kisar kacang soya sedikit-sedikit dan masukkan air secukupnya untuk pengisar. Tapis dan perah air kacang soya menggunakan penapis kain (penapis kopi) atau apa-apa kain putih seperti kain cotton ke dalam sebuah periuk. Buat hingga habis.

Masukkan daun pandan ke dalam periuk berisi air kacang soya. Panaskan air soya hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk hingga suhu bilik.

Masukkan air gula secukup rasa sebelum dihidangkan. Selamat mencuba.

Pembuatan air soya juga adalah asas untuk membuat taufufah. Jika anda berminat untuk mendapatkan resepi taufufa juga kepelbagaian resepi taufufa yang menarik, sila dapatkan Pakej Lengkap Rahsia Taufufah. Pakej ini terdapat dalam bentuk CD bersama dengan bahan asas untuk pembuatan taufufah. Selain itu terdapat juga panduan untuk perniagaan Taufufah. Jika berminat, sila klik pada link ini atau banner di bawah.

1 comment:

Mr. Mama said...

sejuk tekak tgk air tu....mr.mama follow n add link

Related Posts with Thumbnails