Tawaran Menarik!

Resepi Kuih Sopang


Kuih sopang adalah kuih tradisional dari Negeri Sembilan yang dibuat daripada tepung pulut, inti kelapa dan santan pekat. Kuih sopang Nampak seperti kuih badak berendam atau kuih koci tapi bentuknya bujur dan juga rasanya lain.


Resepi Kuih Sopang

Bahan-bahan:


1 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
2 cawan gula pasir
3 helai daun pandan – ikat simpul
1 bungkus (500 gm) tepung pulut
1 biji santan kelapa
Sedikit Garam

Cara Penyediaan:

1. Buat inti terlebih dahuluu. Satukan kelapa parut, gula merah, gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk. Panaskan atas api perlahan sambil dikacau sehingga menjadi inti. Tutup api dan ketepikan.

2. Masukkan sedikit garam ke dalam santan dan kacau hingga larut.

3. Masukkan tepung pulut ke dalam sebuah mangkuk. Tuang santan sedikit demi sedikit pada tepung sambil diuli sehingga menjadi doh yang mudah dibentuk. Ketepikan lebihan santan.

4. Ambil segenggam adunan tepung pulut, bentukkan bulat dan leperkan. Letakkan sedikit inti ditengah-tenganya dan kelim rapat supaya inti tidak terkeluar. Buat sehingga habis.

5. Susun kuih ke dalam loyang yang telah dilenser minyak dan tuang baki santan ke dalam loyang. Kukus hingga masak lebih kurang 20-30 minit.

3 comments:

zmah said...

Best juga ni...nak try lah.

iezaliz said...

jalan2 cari makan ...

Jemarioren said...

emm..tak penah makan.
lebih kurang cam kuih peria le tak, yang wane wani tu..

Related Posts with Thumbnails