Tawaran Menarik!

Resepi Salad Lobak Merah dan Mangga ala Thai


Resepi Salad Lobak Merah dan Mangga ala Thai
(Thai Style Carrot & Mango Salad Recipe)


Bahan-bahan:

4 batang lobak merah – buang kulit, sagat/potong sebesar batang mancis
1 biji kecil mangga masak – ambil isinya dan hiris nipis
200 g tahu putih – potong dadu kecil
1 sudu daun bawang cincang

Kuah salad:
2 sudu jus oren (perahan oren)
1 sudu jus limau nipis
1 sudu teh madu
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh bijan, dibakar terlebih dahulu


Cara penyediaan:

Masukkan lobak merah, mangga dan tahu ke dalam mangkuk salad.

Untuk kuah salad, satukan kesemua bahan untuk kuah salad ke dalam botol / bekas berpenutup dan gooncang sehingga bahan-bahan tersebut mesra.

Tuang kuah salad ke dalam mangkuk tadi dan gaul kesemua bahan dalam mangkuk hingga mesra.

Untuk dihidangkan, tos sedikit salad ke dalam mangkuk hidangan dan taburkan daun bawang yang telah dicincang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails