Jom Cantik!

Resepi Kuih Apam Polka Dot


Bahan-bahan:
3 biji telur gred A (dari peti sejuk)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar/ susu cair (susu sejat)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling strawberi/blueberi/ ikut suka - secukupnya
Pewarna ikut suka


Cara penyediaan:

Masukkan kesemua bahan kecuali pewarna dan filling ke dalam mangkuk dan pukul dengan mixer pada kelajuan paling tinggi selama 6 - 8 minit.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut suka.

Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan sehingga 1/4 penuh. Picitkan filling secukupnya pada bahagian tengah. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. Ulang hingga habis.

Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam merekah.

Selamat mencuba

2 comments:

zmah said...

Senang juga resepi ni...

Unknown said...

Tq....resepi ni macam best....semoga Allah merahmati mu atas ilmu yang dipanjangkan......

Related Posts with Thumbnails