Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Mee Kolok Sarawak


Bahan-bahan:

1 gulung mee kering
3 ulas bawang putih - dimayang
2 sudu minyak masak
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair
4 helai daun sawi – potong kecil
Sedikit taugeh – jika suka
½ cawan hirisan daging atau ayam rebus
3 cawan air rebusan daging/ ayam
1 kiub pati ayam
½ labu bawang besar – potong halus
Garam , gula, lada sulah dan serbuk perisa secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang dan bawang goreng untuk taburan

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan bawang besar dan kacau hingga layu.
Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam.
Masukkan mee. Biarkan seketika sehingga sedikit lembut.
Masukkan garam, gula dan serbuk perisa secukup rasa. Kacau seketika.
Masukkan sawi, taugeh, daging/ayam rebus. Masak hingga mee lembut dan sawi layu.
Angkat ke dalam pinggan hidangan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.
Tambahkan lada sulah jika suka.

No comments:

Related Posts with Thumbnails