Tawaran Menarik!

Resepi Lempeng Pisang Ala Thai


Resepi Lempeng Pisang Ala Thai

Bahan-bahan:

175 gram tepung gandum
secubit garam
4 biji telur - dipukul
2 biji pisang masak saiz besar - buang kulit dan lenyek
300ml santan kelapa
sedikit minyak masak

-Bahan Hiasan-
sebiji pisang masak - potong bulat nipis
6 sudu makan jus limau nipis
sedikit gula aising
krim

Cara Penyediaan

Masukkan tepung, garam, telur, pisang lenyek dan santan dalam blender. Kisar sampai adunan halus.

Sejukkan adunan ke dalam peti ais selama sejam.

Selepas sejam, keluarkan adunan dari peti ais dan kacau mesra.

Panaskan sedikit minyak (anggaran 1 sudu makan) di dalam kuali leper.

Tuang 1 sudu besar adunan dalam kuali leper yang telah panas. Ratakan membentu bulat. Biarkan bahagian bawah masak sehingga warna kuning keemasan.
Balikkan lempeng untuk masak bahagian sebelah lagi sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos atas kertas tisu.
Buat hingga adunan habis. (Boleh dapat anggaran 36 keping lempeng)

Hidangkan beberapa keping lempeng dalam pinggan dengan susunan hirisan pisang, renjis sedikit jus limau nipis, tabur sedikit gula aising dan letakkan sesudu krim di tepi lempeng.

Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkini http://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

No comments:

Related Posts with Thumbnails