Tawaran Menarik!

Resepi Crepe Durian


Resepi Crepe Durian


Untuk Crepe

Bahan-bahan :

50 gram tepung gandum - diayak
1 sudu besar tepung ubi - diayak
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning (warna lain pon boleh)
1 biji telur - kacau, jangan sampai kembang
3 sudu teh mentega (cairkan)
160 ml air
40 ml susu cair
2 sudu besar gula halus

Untuk isi (filling) :
150 gram whipping cream (krim putar)
Isi durian secukupnya


Cara penyediaan:

Satukan tepung gandum, tepung ubi dan gula halus ke dalam mangkuk. Masukkan susu cair dan kacau dengan pemukul telur (egg whisk) sehingga sebati.

Masukkan telur, kacau hingga sebati.

Masukkan esen vanilla, kacau hingga sebati.

Masukkan air, kacau hingga sebati.

Masukkan mentega cair, kacau hingga sebati.

Masukkan pewarna, kacau hingga sebati.

Tapis adunan untuk mendapatkan permukaan crepe yang cantik.

Panaskan kuali leper anti lekat (nonstick pan) atas api kecil.

Gunakan senduk kecil untuk mencedok adunan dan tuang ke dalam kualiti perlahan-lahan. Gunakan belakang senduk untuk bentukkan adunan menjadi bulat dengan ketebalan sekata, tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Masak sehingga bahagian bawah kering.Angkat perlahan-lahan dengan sudip atau telangkup kuali untuk elak kepingan crepe pecah. Ketepikan.
*Tak perlu terbalikkan adunan semasa proses memasak.
Teruskan buat hingga adunan habis.

Putar whipping cream hingga kental. Ketepikan.


Cara penyediaan crepe durian :


Ambil sekeping crepe, letakkan atas permukaan rata dengan bahagian yang kering di bahagian atas. Letakkan sesudu kecil whipping cream di tengah-tengah kepingan crepe. Letakkan sesudu kecil durian di atas whipping cream tadi dan letakkan sesudu kecil whipping cream di atas isi durian.


Tarik kulit crepe bahagian bawah ke atas dan bahagian atas ke bawah.

Tarik kulit crepe bahagian kiri ke kanan dan bahagian kanan ke kiri.



Terbalikkan. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.


Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkinihttp://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Jubah Cotton : http://jubahcotton.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

No comments:

Related Posts with Thumbnails