Tawaran Menarik!

Resepi Kek Kukus Coklat Karamel

Resepi Kek Kukus Coklat Karamel

~untuk karamel~

2 sudu besar gula

Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu air. Masak di atas api sederhanasambil dikacau. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Kacau sehingga perang dan likat. Tutup api dan tuang ke dalam loyang kek. Ketepikan.

~untuk puding~

1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit esen

Satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan pukul lembut hingga sebati. Tuangkan ke dalam loyang yang mengandungi karamel tadi. Kukus selama 20 minit.

~untuk lapisan kek~

Bahan A: 
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak

Masukkan kesemua bahan A ke dalam periuk dan masak sebentar di atas api sederhana. Kacau hingga sebati dan tutup api.

Bahan B:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Satukan semua bahan B dan ayak.

Bahan C:
3 biji telur 

Pukul hingga kembang

Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Kacau hingga mesra. 
Masukkan adunan ke dalam puding yang telah dikukus. Kukus lagi selama 1 jam atau sehingga masak.

Setelah masak, sejukkan kek pada suhu bilik. 
Kemudian dengan berhati-hati telangkupkan kek untuk keluarkan dari loyang.

Selamat mencuba. 



No comments:

Related Posts with Thumbnails