Jom Cantik!

Resepi Kerabu Rumpai Laut


Resepi Kerabu Rumpai Laut

Bahan-bahan:
100g rumpai laut kering (juga dikenali rumpai laut asli kolagen)
1 batang timun-buang empulur dan hiris nipis
2 biji bawang besar - dihiris
1 kuntum bunga kantan - dimayang halus
1 genggam daun selasih - jika suka
1 tangkai cili merah - dihiris halus
15 tangkai cili api - dicincang
1/2 cawan air perahan limau kasturi
2 sudu besar cuka
3 sudu besar gula pasir
1 1/2 sudu teh garam halus

Cara penyediaan:

Rumpai laut dicuci bersih seperti membasuh beras, kemudian rendam semalaman atau sekurang-kurang selama 4 jam (sehingga kembang). Selepas itu cuci lagi sekali dan celur seketika dalam ai panas.Toskan dan potong mengikut saiz yang disukai.

Satukan rumpai laut yang telah dipotong dengan dengan semua bahan di dalam mangkuk besar. Gaul hingga mesra dan perap selama 15-20 minit.

Siap untukdihidangkan. Sesuai dimakan bersama nasi dan ikan bakar atau boleh juga dimakan kerabu rumpai laut begitu sahaja.

Selamat mencuba.


No comments:

Related Posts with Thumbnails