Tawaran Menarik!

Resepi Muffin Pandan


Resepi Muffin Pandan

Bahan-bahan :

200 gram tepung gandum
1 ½ sudu teh baking powder
½  sudu teh  soda bikabonat
½ sudu teh  garam halus
120 gram gula castor
100 ml santan pekat
100 ml jus  daun pandan (kisar 7helai daun pandan, dapatkan jus)
100ml minyak jagung
2 biji telur
1 sudu teh  pewarna hijau

Bahan topping (pilihan)  - badam/coklat rice/kismis/ceri …dll

Cara-cara penyediaan:

Panaskan ketuhar pada suhu 190°c. Sediakan loyang muffin dan paperliners.

Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan pemukul kek.

Campurkan ke semua bahan basah bersama bahan kering. Kaup balikkan sehingga kesemua bahan mesra. Adunan akan kelihatan seakan berketul2.

Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan bahan topping di atasnya.

Bakar selama 20 minit. Keluarkan dari ketuhar. Sedia untuk dihidangkan.


Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkinihttp://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

No comments:

Related Posts with Thumbnails