Tawaran Menarik!

Resepi Pavlova


Resepi Pavlova

Bahan-bahan:

4 biji putih telur
1 cawan gula kastor
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung


Cara Penyediaan:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 120C.Alaskan permukaan loyang dengan kertas minyak yang dilukis bulatan diatasnya. Lebihkan sikit saiz kertas minyak supaya mudah untuk tanggalkan dari pavlova nanti.

2. Putar putih telur pada kelajuan tinggi sehingga rupa menjadi seperti krim. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Teruskan putaran sehingga gula betul-betul hancur.

3. Masukkan cuka, putar lagi, masukkan pula essen vanilla dan akhir sekali masukkan tepung jagung. Teruskan putar sehingga nampak berkilat.

4. Tuang adunan dalam bulatan loyang yang telah disediakan awal tadi.

5. Masuk loyang itu ke dalam ketuhar dan bakar selama 1.5 jam pada suhu 120′C atau sehingga berwarna coklat susu.

Tip
Pastikan bekas adunan untuk kembangkan gula dan putih telur adalah bersih. Jika tidak, adunan tersebut tidak kembang.
Pastikan Pavlova sejuk sepenuhnya didalam oven sebelum dikeluarkan.

Topping (jika suka)
- Potongan buah-buahan segar ikut pilihan hati seperti strawberi, oren, kiwi dan sebagainya. Lebih enak pilih buah-buahan yang ada rasa masam untuk digandingkan dengan rasa manis pavlova.
- whipping cream atau krim custard

Letakkan whipping cream atau krim custard di atas pavlova. Susun potongan buah-buahan di atasnya mengikut citarasa.

Sedia untuk dihidangkan.


Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkinihttp://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

No comments:

Related Posts with Thumbnails