Tawaran Menarik!

Resepi Ikan Tongkol Masak Singgang


Resepi Ikan Tongkol Masak Singgang

Bahan-bahan:

1 ekor ikan tongkol saiz sederhana, kerat 4 - 5 bahagian, cuci dan toskan
2 biji tomato, belah 4 setiap 1
2 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun sup, untuk hiasan


Bahan ditumbuk:

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 keping hirisan lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 camca teh lada hitam biji
10 biji cili padi kampung (cm campur hijau dan merah)


Cara Penyediaan:

Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar), tumis serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu.
Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Kacau rata dan biar mendidih.
Masukkan kiub ikan bilis dan asam gelugor. Kacau dan masukkan ikan. Biar mendidih hingga ikan masak.
Tambah garam secukup rasa dan masukkan tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan.

Sumber : Mingguan Wanita 2013

Jom singgah:

- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkinihttp://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

No comments:

Related Posts with Thumbnails