Tawaran Menarik!

Resepi Kentang Bakar Berkrim Keju

Resepi Kentang Bakar Berkrim Keju

bahan-bahan

4 biji kentang, dipotong nipis anggaran 1/4 inci
1 biji bawang besar, dihiris nipis 1/4 inci membulat
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Sedikit daun bawanguntuk bahan tabur

~untuk krim keju~
3 sudu mentega
3 sudu tepung serba guna/ tepung gandum
1/2 sudu teh garam
2 cawan susu 
1 1/2 cawan keju Cheddar dicincang 


Cara Penyediaan:

Panaskan oven kepada 200 darjah C (400 darjah F). 

Gris bekas kaserol (hidangan 1 liter) dengan mentega. Susun separuh kepingan kentang ke dalam bekas kaserol yang disediakan. Atasnya susun semua hirisan bawang, tabur garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Atasnya susun baki kentang dan tabur lagi garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Ketepikan sementara sediakan krim keju.

Dalam periuk bersaiz sederhana, cairkan mentega atas api sederhana. Masukkan tepung dan garam, dan kacau sentiasa dengan whisk selama satu minit. Masukkan susu sambil dikacau sehingga pekat. Masukkan keju dan terus kacau sehingga keju cair sepenuhnya, anggaran 30 - 60 saat.

Tuangkan krim keju ke atas kentang. Tutup kaserol dengan aluminium foil. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi selama 1 1/2 jam.

Sedia untuk dihidangkan. Taburkan hirisan daun bawang untuk hiasan atau penambah rasa.


Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkinihttp://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

No comments:

Related Posts with Thumbnails