Tawaran Menarik!

Resepi Pisang Goreng Keju


Resepi Pisang Goreng Keju
Bahan-bahan:
6 biji pisang (sebaik-baiknya pisang Abu masak tapi tidak lembik)
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan air
1/2 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu krimer (susu manis)
keju Cheddar parut
Minyak untuk goreng tenggelam
Secubit garam
Secubit gula
Cara Penyediaan:
Buang kulit pisang dan belah dua isi pisang. Ketepikan.
Satukan tepung beras,tepung gandum, gula, garam, air dan esen vanila. Bancuh hingga sebati.
Masukkan pisang dalam adunan.
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan pisang satu per satu ke dalam minyak. Goreng hingga keemasan dan nampak rangup.
Keluarkan dari minyak dan toskan atas tisu. 
Letak pisang atas pinggan hidangan, tuangkan susu manis di atas pisang goreng.Akhir sekalitaburkan keju parut.

No comments:

Related Posts with Thumbnails