Tawaran Menarik!

Resepi Penkek Buttermilk


Resepi Penkek Buttermilk

Sukatan untuk 12 keping (5 inci lebar)

Bahan-bahan:

3 cawan tepung serba guna / tepung gandum
3 sudu gula
3 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh baking soda
3/4 sudu teh garam
3 cawan Buttermilk
1/2 cawan susu
3 biji telur
1/3 cawan mentega, cairkan

Cara Penyediaan:

Dalam mangkuk besar, satukan tepung, gula, baking powder, baking soda, dan garam. Ketepikan.

Dalam mangkuk yang berasingan, pukul buttermilk bersama-sama susu, telur dan mentega cair.

Panaskan kuali atas api sederhana. Sapu mentega pada permukaan kuali.

Tuangkan adunan mentega ke dalam adunan kering, kacau dengan menggunakan senduk kayu sehingga mesra. Jangan terlalu kacau!

Tuangkan 1/2 cawan adunan ke atas kuali untuk setiap penkek. Masak dan balik-balikkan sehingga kedua-dua belah bahagian penkek keperangan.

Sedia untuk dihidangkan.

Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkinihttp://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

No comments:

Related Posts with Thumbnails