Tawaran Menarik!

Resepi Salmon Bakar Berkrim


Resepi Salmon Bakar Berkrim

Bahan-bahan:

2 keping isi ikan salmon
4 helai salad romania
2 batang asparagus - celur hingga masak
1/4 potongan lemon
1 sudu mentega
2 sudu krim
1 biji buah tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar - cincang
garam dan lada sulah secukup rasa


Cara Penyediaan:

Lumur ikan salmon dengan garam dan lada sulah. perap selama setengah jam.

Panaskan kuali non-stick tanpa minyak. Letakkan ikan salmon dan biarkan masak pada bahagian bawah dan kemudian balikkan. Biarkan seketika hingga masak sepenuhnya, tutup api dan angkat.

Untuk membuat sos, panaskan mentega dalam kuali, masukkan bawang dan tumis hingga naik aroma. Masukkan krim, tomato, lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau hingga mesra, biarkan seketika dan tutup api.

Untuk hidangan, letakkan daun salad romania di tengah pinggan hidangan, letakkan ikan salmon di atasnya. Tuangkan sos yang telah dimasak ke atas ikan dan perahkan jus lemon. Hias dengan asparagus.

Sedia untuk dihidang.

Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkinihttp://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

No comments:

Related Posts with Thumbnails