Tawaran Menarik!

Resepi Sambal Udang Petai

Resepi Sambal Udang Petai

Bahan-bahan:

500gram udang
100 gram isi petai
1 biji bawang besar - dihiris membulat
1 cawan air asam jawa
3 sudu cili kering yang telah dikisar
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2cm halia
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

Kisar atau cincang bawang putih, bawang merah dan halia.
Panaskan minyak. Tumis bawang yang telah dicincang hingga naik aroma.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau mesra dan masukkan air asam jawa. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan udang dan petai. Setelah udang bertukar warna masukkan bawang besar.
Masak hingga kuah pekat atau hampir kering.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkini http://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

No comments:

Related Posts with Thumbnails