Tawaran Menarik!

Resepi Sos Spaghetti Itali Bebola Daging


Sos Spaghetti Itali Bebola Daging

Sukatan untuk 6 hidangan

Bahan-bahan:

bebola daging
  500 gram daging lembu tanpa lemak - dikisar
  1 cawan serbuk roti segar
  1 sudu besar pasli kering
  1 sudu besar parutan keju Parmesan
  1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  1/8 sudu teh serbuk bawang putih
  1 biji telur, dipukul

sos
  3/4 cawan bawang besar - cincang
  5 ulas bawang putih, dicincang
  1/4 cawan minyak zaitun
  5 biji buah tomato - kupas kulit dan lenyek
  2 sudu kecil garam
  1 sudu kecil gula
  1 helai daun bay
  180 gram pes tomato
  3/4 sudu teh selasih kering (dried basil)
  1/2 sudu teh serbuk lada hitam


Cara penyediaan:

Satukan kesemua bahan untuk membuat bebola daging. Gaul hingga sebati dan bentukkan bulat-bulat menjadi 12 biji bebola. Masukkan ke dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais sehingga diperlukan nanti.

Panaskanminyak zaitun dalam periuk besar atas api sederhana. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato lenyek, garam, gula dan daun bay. Tutup periuk, kecilkan api dan reneh selama 90 minit. Masukkan pes tomato, basil, lada hitam dan bebola daging. biarkan mereneh 30 minit lagi.

Siap untuk dihidangkan.


Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkinihttp://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

No comments:

Related Posts with Thumbnails