Tawaran Menarik!

Resepi Sup Brokoli Berkrim


Resepi Sup Brokoli Berkrim

Bahan-bahan:

500 gram brokoli dipotong kecil
1.5 liter air rebusan ayam
2 biji bawang besar dicincang
1 batang seleri dicincang
1 liter susu UHT
250 ml susu sejat penuh krim
Garam dan gula secukup rasa
100 gram mentega
100 gram tepung gandum


Cara Penyediaan:

Panaskan air rebusan ayam hingga mendidih dan masukkan brokoli dan bawang. Kacau dan renihkan selama 20 minit.

Masukkan susu UHT dan susu sejat, kacau hingga sebati.

Dalam periuk lain, panaskan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau rata dan masukkan adunan ini ke dalam sup.

Kacau hingga sup menjadi pekat.

Angkat dari dapur dan biar suam. Masukkan dalam pengisar dan kisar hingga halus.

Masukkan semula ke dalam periuk dan panaskan semula.

Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Sedia untuk dihidangkan. Enak dimakan bersama roti bakar.

Jom singgah:
- Koleksi Kain Ela http://www.kedaikainonline.com/
- Koleksi Jubah Terkinihttp://koleksijubah.blogspot.com/
- Koleksi Baju Fesyen Terkini http://kedaibajufesyen.blogspot.com/

No comments:

Related Posts with Thumbnails