Tawaran Menarik!

Resepi Udang Szechwan


Resepi Udang Szechwan

Bahan-bahan:

  4 sudu air
  2 sudu besar sos tomato
  1 sudu besar kicap
  2 sudu teh tepung jagung
  1 sudu teh madu
  1/2 sudu teh serbuk cili
  1/4 sudu teh halia tumbuk
  1 sudu besar minyak masak
  1/4 cawan daun bawang dihiris
  4 ulas bawang putih, dicincang
  400 gram Udang - rebus kemudian buang kulit

Cara penyediaan:

Dalam mangkuk, masukkan air, sos tomato, kicap, tepung jagung, madu, serbuk cili, dan halia. Kacau & ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Masukkan daun bawang dan bawang putih. Masak selama 30 saat. Masukkan udang dan goreng hingga udang bertukar warna. Masukkan campuran sos dan kacau sehingga sos mendidih dan pekat. Tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails