Tawaran Menarik!

Resepi Ayam Butter


Bahan-bahan:
(sajian 4 hidangan)

2 biji telur, dipukul
1 cawan biskut masin yang dihancurkan (rujuk gambar di bawah)
1/2 sudu teh garam
2 ulas bawang putih - dihancurkan
Serbuk lada hitam secukup rasa
4 bahagian dada ayam tanpa tulang & kulit
1/2 cawan mentega, potong keping-keping


Cara Penyediaan:

Panaskan oven kepada 375 darjah F (190 darjah C).

Masukkan telur dan serbuk biskut dalam dua mangkuk berasingan.
Campurkan serbuk biskut dengan bawang putih, garam dan serbuk lada hitam.  Gaul hingga rata.

Celup ayam dalam telur, kemudian golekkan ke dalam campuran serbuk biskut untuk buat salutan.
Susun ayam bersalut dalam pinggan tahan panas atau loyang. Letakkan kepingan mentega sekitar ayam.
Bakar dalam ketuhar panas selama 40 minit, atau sehingga ayam tidak lagi kemerahan.

Sedia untuk dihidangkan.

Resepi ini boleh didapati dalam bahasa Inggeris. Klik sini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails