Tawaran Menarik!

Resepi Biskut Gula


Resepi Biskut Gula
(Klik sini untuk Bahasa Inggeris)

bahan-bahan 
(untuk 54 keping biskut) 
2/3 cawan shortening 
2/3 cawan mentega 
1 1/2 cawan gula  
2 biji telur 
2 sudu teh Essen vanila  
3 1/2 cawan tepung serba guna 
2 sudu teh baking powder 
1 sudu teh garam 
1/3 cawan gula pasir (warnakan ikut suka) untuk hiasan 

Cara Penyediaan:

Panaskan oven kepada 350 darjah F (175 darjah C). 

Masukkan mentega, shortening dan gula dalam mangkuk adunan dan putar hingga menjadi krim. Masukkan telur dan vanila. 

Sementara itu satukan tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam sebuah mangkuk. Gaulkan dan masukkan ke dalam mangkuk adunan krim tadi.  Putar sehingga adunan menjadi doh. 

Bulat-bulatkan adunan doh sebesar ibu jari dan golekkan atas gula untuk hiasan. Susun atas dulang pembakar dengan jarak anggaran 2 inci antara satu sama lain. 

Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan sehingga masak (bahagian bawah kelihatan perang) anggaran selama 10 hingga 12 minit. 

Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan pada suhu bilik.

 

No comments:

Related Posts with Thumbnails