Tawaran Menarik!

Resepi Cupcake Kon Pelangi


Resepi Cupcake Kon Pelangi

Bahan-bahan

1 ( 18.25 auns) tepung kek campuran
1 cawan air
3 biji telur
1/3 cawan minyak sayuran
pewarna makanan merah
pewarna makanan hijau
pewarna makanan kuning
pewarna makanan biru
24 kon ais krim wafer, bawah rata
frosting vanila & candy untuk hiasan

Cara Penyediaan:

Panaskan oven kepada 350 darjah F ( 175 darjah C).

Satukan tepung kek bersama air , telur, dan minyak sayur-sayuran ke dalam mixer dan putar hingga mesra dan lembab ; tetapkan pada kelajuan sederhana selama 2 minit.

Bahagikan adunan kek kepada 4 bahagian yang sama banyak ke dalam mangkuk berasingan. Warnakan setiap adunan di dalam mangkuk dengan warna yang berbeza mengikut kadar warna yang anda suka.

Letakkan kon ais krimsecara tegak ke dalam dalam 24 cawan muffin.
Sudu kira-kira 1 1/2 sudu besar setiap adunan berwarna ke dalam kon sehingga meninggalkan ruang anggaran 1 inci dari atas kon.

Dengan berhati-hati, pindahkan kon ke dalam oven panas dan bakar sehingga masak, anggaran masa 20 hingga 25 minit. Uji dengan pencungkil gigi untuk pastikan kek masak.

Biarkan kek kon sejuk sebelum menghias , anggaran selama 1 jam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails